Let's begin this writing!

Bismillah. Alhamdulillah untuk nikmat iman dan islam. 

Mulai hari ni aku akan menulis perjalanan hidup aku di bumi anbiya' ini. Sebagai pengajaran untuk yang membaca dan jugak pengajaran untuk diri yang menulis. 

Kalau ada yang baca lah haha. 

Hari ini aku berborak dengan seorang sahabatku yang sudah pun berumah tangga. Punya seorang anak perempuan penyeri hidup mereka suami-isteri. Saja aku menanyakan bagaimana dia boleh berani memberi kepercayaan pada seseorang yang dia sendiri tidak tahu dan tidak pernah kenal selama ni. Tambah lagi untuk dijadikan peneman hidup, berkongsi susah dan senang. Apa dia tak takut dikhianati. Perbualan kami lebih kepada cubaan aku untuk memahami karakter lelaki. Sebab aku sendiri tak punya adik beradik lelaki, melainkan Afif, seorang adik istimewa. Aku juga membesar dengan dikelilingi environment perempuan sahaja (sekolah agama yg tidak bercampur). Dari sekolah rendah sehingga ke Universiti sendiri. University kami memang tak bercampur langsung dengan lelaki. Jadi aku memang tak faham langsung rentak lelaki. Aku cuma mengenal lelaki melalui ayah dan atuk. Itulah satu-satunya susuk tubuh yang mengenalkan aku tentang lelaki. Aku bertanya tentang marah seorang lelaki, egonya dan langkah-langkah yg sahabat ku ambil semasa proses mengenali calonnya dulu. 

Apa yang boleh aku konklusikan, lelaki sangat berbeza dengan wanita. Otak mereka lebih memikirkan benda-benda penting berbanding benda kecil. Isu tak balas mesej, kucing mati bukan satu benda yg patut di stresskan pada pendapat mereka. Berbeza dgn wanita. Mereka merasakan benda kecil ini suatu benda yang sangat perlu lelaki peduli. Kalau tak balas mesej tu ibarat tak care atau concern. 

Termuhasabah aku dengan sahabat aku ni. Maksud dia lebih kurang gini. Kalau isu balas msg pun nak digaduhkan sampai berpecah belah, berat lagi masalah-masalah dalam rumahtangga yang sebenarnya. Aku terdiam. Sebab aku memang mudah terasa kalau sahabat aku tak balas mesej dalam tempoh sehari suntuk. Lagi-lagi kalau tanpa sebarang penjelasan. 

Aku terasa yang jiwa keanakan aku melampau. Macam ni nak kahwin? Aku banyak mintak attention orang yang aku sayang tanpa aku sedar. Entahlah. Bila tiada penjelasan dan diabaikan aku rasa orang-orang yg aku sayang yang semakin mengendahkan aku. Kadang aku rasa aku yang terlampau fikir lebih. Aku bergelut. Lalu aku mencapai konklusi dalam perbincangan tadi. 

Ini perkongsian dari aku. Semestinya boleh ditolak kalau kalian tak setuju sebab ini pandangan semata:

1. Semua amal kita niatkanlah kerana Allah. Kita jadi isteri jadilah kerana Allah. Kata sahabat aku, bila kita niat kita nak cari redha Allah, automatik kita akan mudah terima baik buruk pasangan kita. Kalau dia tu baran, kita akan cuba buat yg terbaik lembutkan dia, jaga hati dia. Sebab kita tahu redha Allah pada redha suami. Kalau dia zalimi kita sekali pun, kita ada Allah. Maksudnya kita takkan pernah rasa rugi sebab tujuan kita tu Allah. Dikongsikan cerita dari sahabat saya tu, seorang kawan dia mempunyai seorang suami yang baran. Tapi isterinya ni rajin bangun malam, solat hajat untuk suami dia. Alhamdulillah sekarang makin lembut dan kurang dah marah cakap maki-maki. Tapi kalau suami tak berubah pun, percayalah ada ganjaran Allah di syurga nanti. Allah takkan pernah siakan amalan dan kesabaran ;)

2. Jangan terlampau overthinking benda kecik sebab banyak lagi benda besar dalam rumah tangga ni. Macam aku ni lah, hmm isu balas mesej pun nak terasa diabaikan sangat. Takpelah, muhasabah juga untuk aku. Manusia tak pernah lari dari kekurangan kan. Lagi-lagi aku, memang sangat banyak kurang dan cela. Tuhan je yang tutup aib. Terima kasih ya Allah. 

3. Tiada manusia sempurna. Kata sahabat aku, Allah menjamin syurga buat suami/isteri yang pertahankan rumah tangganya hingga ke akhir hayat. Kata dia lagi, tafsir quran yang mengatakan perempuan baik untuk lelaki baik and lelaki baik untuk perempuan baik tu, bukanlah bermaksud golongan ustaz untuk ustazah sahaja .. Maksud dia setiap lelaki yg kekurangan yang mahu mencari kebaikan ialah untuk perempuan yang kekurangan yang juga mencari kebaikan. Dan dengan kekurangan itulah keduanya saling melengkapi untuk menjadi lebih baik. Berusaha cari redha Allah. 

4. Amarah dan ego lelaki dan perempuan adalah sesuatu untuk dipelajari. Sangat berbeza untuk diatasi. Aku dulu menyangka mana-mana manusia suka untuk dipujuk time marah. Rupanya aku salah. Lelaki tak suka time dia tengah panas, kita bising-bising lagi. Sebaiknya kita diam dan biar dia cool down. Sebab situasi aku sendiri, aku suka dipujuk dan dipujuk. Rasa disayangi. Itulah perkahwinan ni memang suatu pembelajaran memahami spesies yg berbeza dari kita. Mungkin bila kita keep on pujuk, lelaki merasakan ia suatu bebelan jadi dia makin stress. And kalau tersalah cakap time ni memang boleh perang dunia hehe. Dua-dua kena main peranan and tolak ansur. Kalau sorang marah, sorang kena diam atau pujuk. Yang marah tu pun, istighfar. Sahabat aku cakap time meluap-luap marah ni cuba terus recall apa kebaikan-kebaikan yang dia pernah buat. Jangan sebab satu kekurangan dia kita tutup terus kebaikan dia yang beribu lagi. Rugi. Pasangan boleh dicari, tapi setia tak boleh dijual beli. 

4. Akhir sekali, percayalah jodoh di tangan Allah. Doa dan doa dan doa. Suatu kesilapan bila manusia meletakkan kepercayaan pada harapan dan janji manusia lebih dari pengharapan kepada Rabbnya. Tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Ingat tu. Biarlah setinggi mana janji dia pada kita, selagi dia tak bertemu ayah kita, belum melafazkan akad nikah jangan letakkan kepercayaan seratus peratus. Hati manusia Allah yg pegang, boleh berbolak balik. Lagi-lagi bila bertunang. Ligat syaitan cucuk amarah dan per gaduhan. Ketawalah mereka bila lihat usaha membina masjid runtuh. Dan sakitnya bila harapan yang kita pegang tu dikhianati memang tak tertanggung. Mungkin 10 tahun pun belum mampu hilang parutnya. Mungkin ...

Sekarang apa boleh kita buat?

Kita cari Tuhan. Cari Tuhan bukan sebab kita nak jodoh yang soleh/solehah. Tapi cari Tuhan sebab itulah cinta kita yang sebenar. Yang patut kita cari dari mula lagi. Tak pernah tinggal kita dan janji harapannya tak pernah mengkhianati. Dia ada bila kita senang dan susah. Saat manusia sakiti dan khianati kau, dia setia mendengar tangisan rintihan kau di malam hari. Dia tak pernah tolak kau macam mana kau abaikan dia suatu masa dahulu. Setiap malam dia pasti ada. Tak pernah jemu dia berikan masa. Cintanya tak pernah diragui. Satu langkah kau pada Dia, seribu langkah Dia pada kau. Kau je yang selalu lupakan dia. Allah, pandanglah aku semula. Aku telah leka dan tersasar jauh. Maafkan aku yang mengkhianati mu suatu masa dulu. Maafkan aku ya Allahhh 😞

Lesson learnt : Harapanku hanya pada Tuhan. 

Comments

Popular posts from this blog

Lunch di Megoplex

Dosa bertengkek.

Sedekah