Posts

Showing posts from May, 2012

Fatimah Oii

Image
*gambar blur dan goyang,abaikan* Patutnya sekarang musim orang sibuk nak masuk Universiti/Matriks Tapi feel sekarang rindu Rindu Rindu Rindu Rindu Rindu tet.

Orang Sabah

Nadrah jaga diri, jaga iman elok-elok kat sana. Kita tau kamu kuat. Proaktif pulak tu hihi. Kirim salam Alifah dengan Amy sekali ;) Take care. May Allah bless you dear #Rindu.

KLCC

Image
Assalamualaikum w.b.t Last week dengan harapan dan semangat yang tinggi *cewah* pergi KL sorang . Asalnya plan nak pergi rumah Hanim sebab Kak Long tunang . Alhamdulillah dah bertunang akak .  Punyalah semangat Mak Hanim call ajak datang rumah kat Batu Tiga nun. Naik ETS dari Ipoh, then sampai KL Central. Dua hari kat rumah hanim, then isnin pergi KLCC dengan Fasyaz dan Bery. Naik komuter and LRT. Sampai je KLCC jumpa Nadrah dgn Fanad . WAAHH rindunya ya Allah . Rindu sesangat, rasa nak peluk je diorang time tu. Lps tu tunggu Peah jap sbb Peah baru gerak. Kitorang bincang punya bincang last last decide makan kat food court. Beli macam-macam; mixed fresh fruits, spaghetti, pizza, laici kang dgn air masam apa entah tak ingat *fasyaz beli* . Sekali rupanya banyak sangat Nadrah bawak nugget, satu tupperware BESAR . Wah memang penuh perut. Datang pulak Peah bawak tupperware BESAR jugak, rupanya sebijik macam Nada punya. Peah bawak roti *ada inti sardin dgn telur rasanya* . Bukan tu

BFTJI

Image
Dear loves, Terima kasih atas segalanya InsyaAllah, Ada rezeki kita jumpa di syurga ye? #Post : KLCC will coming soon

Peliharalah

Assalamualaikum w.b.t Takut tengok remaja zaman sekarang. Pakaian. Pergaulan. Kes sana sini. #Ya Allah peliharalah aku, keluargaku, sahabat-sahabatku,  dan umat Islam lain walau dimana pun kami berada daripada terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Tolong pimpin kami .Amin.

La Tahzan , He knows the Best

Assalamualaikum w.b.t Minggu ni macam macam jadi dan macam macam perasaan buat mereka yang menduduki SPM 2011 . Ada debar-debar, seronok, tak sangka, sedih, frust, excited, nak nangis satu malam, termenung, takterkata dan TAKDE PERASAAN? Minggu nilah keluar result UPU dan Mara :) Alhamdulillah dapat tawaran :  Universiti Teknologi Mara  PI080 - Asasi Sains UiTM Kampus Puncak Alam *Matriks Kulim, Kedah   Fanad, Syue, Shazana, Tiqasu, Bery, Nahu, Mai, Shazira, Izzatie, dan Wawa pun sama . Tapi Uitm banyak kan, so tak taulah dapat sama ke tak. Tadi check, dapat Puncak Alam. WAHH nama punyalah berstyle , berpuncak puncak hihi. Yaya, Awin, Dean, Tito, Raihan Nab, Nazihah, Anisah, Nek, Nureen, Peqa dan ramai lagi dapat UIA . Dah macam boleh buat reunion Maahad pulak kat UIA tuu . Ain, Aliah dgn Qiqi dapat UM . Okay tu yang dapat, yang tak dapat mana-mana macam I** , Fas***, Y**, Ha*** dan lain lain tu kesiaannn sgt . Padahal SPM diorang hebat apa. Tapi kagum dengan I** sebab walaup

Bolot

Image
Assalamualaikum w.b.t Hasil sesi membolot :) Sebarkan Cintamu Cinta High Class by :Kak Fatimah Syarha dan Dr. Farhan (husband and wife till jannah insyaAllah) Dia Bukan Nabi by Rudy Hirdy Tunas Aa+Bb 5 Tahun 5 Bulan Versus Rooftop Rant by Hlovate Secangkir Teh Pengubat Letih  by Hasrizal Abdul Jamil Ummi 's wishes: Bukan Sekadar Resepi by Roza Roslan Bersyukur Saat diuji by Muhd Kamil Ibrahim --------------------------------- Untuk Alya yang tengah struggle PMR , aku beli novel Ain Maisarah siap ada signature lagi, malangnya aku lupa Alya dah besar takkan nak baca novel macam tu lagi , hihi. Tapi dah pujuk pujuk dia okay je :) --------------------------------- Then beli untuk Sofia dan Ariff buku dari Galeri Ana Muslim. Comel je semua buku. Kitorang(Acu dgn Ciksu teman) beli buku warna untuk Ariff and buku cerita untuk Sofia, tapi kitorang dah tau awal awal mesti Sofia yang akan finish up buku color Ariff hihi. --------------------------------- Untu

PWTC- Book Fair 2012

Assalamualaikum w.b.t Sangat kecewa sebab tak tau pun yang kak Fatimah Syarha datang PWTC sampai 1245 je masa Isnin haritu. Sedangkan aku baru sampai 1230 kat ground floor. First time pergi pesta buku, dan Ya Allah sangat banyak ilmu kat sana. Banyak sangat booth dan buku buku . Rasa nak beli semua. Semua Novel yang ditarget Alhamdulillah jumpa. Tapi satu je yang tak jumpa jumpa, Batu Bata Kehidupan by Hilal Asyraf. Taktaulah tak perasan atau memang takde sebab tak de pulak orang lain komen kat FB Hilal asyraf pasal buku tu. Dan selisih dengan Ustaz Zahazan, tapi segan nak mintak signature. Ingat nak mintak beliau tulis kata kata semangat ke, tapi time tu tak beli buku dia lagi. So tengok dari jauh je . Sangat kagum dengan ilmu Ustaz! Esok nak pergi lagi sebab Acu ajak pergi sekali, tapi malamlah sebab kerja kan :) Besok gerak ke KL  Tak dapat join OSC :'( ..

Next : ERAT 2012

Image
Assalamualaikum sekali lagi :) Fuh, fuh marathon ni. Minggu lepas dari 25 sampailah 27 April aku telah pun join program ERAT ni. Bertempat di Masjid Besi, Putrajaya . Program ini untuk lepasan SPM, macam persiapan menghadapi cabaran seorang mahasiswa. Kami team dari Ipoh seramai 11 orang bangun 4:30 pagi dan bergerak naik train seawal 5:30 pagi , fuh semua muka mengantuk je. Lepastu, ambik komuter dan bas rapidkl terrrrruuuuussss ke DESTINASI :) Ya Allah program ni best sangat, serius! Banyak sangat pengisian. Sebenarnya rasa berbaloi datang sebab kalau duduk rumah takde aktiviti nak buat. Rasa membazir sangat masa. Program paling best dalam ERAT ialah explorace. Hihi, kalau tanya orang lain pun diorang akan cakap macam tu . Explorace kitorang power sikit. Main sampai satu putrajaya haa , sampai Alamanda pulak tu. Kitorang diberi duit yang secukupnya utk naik bas ke checkpoints yang ada. 8 checkpoints semuanya. Nampak sikit kan? Tapi penatnya, Allah je yang tahu. Dari 9:30 pagi sam

Magradd :)

Image
Assalamualaikum w.b.t Memang dah tersangat lama tak update blog. Dan sangat lambat untuk mengepost tentang Magrad . Tapi nak post jugak . Malam ni stress, so nak post banyak banyak hihi . Magrad ialah singakatan untuk Majlis Graduasi . Telah berlangsung pada 19 April 2012. Memandangkan kebetulan hari keputeraan Sultan Perak pun on that day, memang rezeki family akulah nak datang tengok aku pakai jubah merah yang besar . Kitaorang gerak sehari awal dan bermalam kat rumah Alang di Kg. Melayu Subang, dekat rumah Fanad :) * I miss Fanad so much! Esok pagi terus gerak gi Maahad dengan ngantuk-ngantuknya sebab kitaorang semalam sampai lewat sbb Umi Ayah kerjakan . Eksaited jumpa Peqa, Husna, Peah, Peqa, Athi, Farah, senang cakap semualah . Whooaa rasa mcm dah lama sgt tak jumpa. Tapi sedih sebab Iqa, Hanim dgn Najah tak dapat datang. Rasa lain . Sunyi. Mula mula kitorang berarak masuk dewan. Jalan dua-dua, aku jalan dgn Nadrah hihi .  Naik pentas ialah perkara yang mencemaskan, mendebar