Posts

Showing posts from July, 2017

Let's begin this writing!

Bismillah. Alhamdulillah untuk nikmat iman dan islam.  Mulai hari ni aku akan menulis perjalanan hidup aku di bumi anbiya' ini. Sebagai pengajaran untuk yang membaca dan jugak pengajaran untuk diri yang menulis.  Kalau ada yang baca lah haha.  Hari ini aku berborak dengan seorang sahabatku yang sudah pun berumah tangga. Punya seorang anak perempuan penyeri hidup mereka suami-isteri. Saja aku menanyakan bagaimana dia boleh berani memberi kepercayaan pada seseorang yang dia sendiri tidak tahu dan tidak pernah kenal selama ni. Tambah lagi untuk dijadikan peneman hidup, berkongsi susah dan senang. Apa dia tak takut dikhianati. Perbualan kami lebih kepada cubaan aku untuk memahami karakter lelaki. Sebab aku sendiri tak punya adik beradik lelaki, melainkan Afif, seorang adik istimewa. Aku juga membesar dengan dikelilingi environment perempuan sahaja (sekolah agama yg tidak bercampur). Dari sekolah rendah sehingga ke Universiti sendiri. University kami memang tak bercampur langsung dengan