Posts

Showing posts from July, 2012

Selagi sempat

Bersyukur selagi sempat. Bertaubat selagi sempat. Alhamdulillah 12 Ramadhan 1433h .

Je t'aime

Image
Je t'aime For the rest of my life How I wish we can meet again, Before we're apart from each other, Thinking of you Drives me crazy, Drives me lonely. Allah, Please do give us a chance, Even once, Cause I wanna hug her, And wanna tell her, "Je t'aime" .

Tomyam Teah (TT)

Image
Assalamualaikum w.b.t Kawan-kawan kali ni mood memasak tomyam membara-bara. Sebenarnya sepanjang tahun ni aku dah belajar masak macam-macam sebab rasa macam buang masa duduk rumah takde buat apa. Antaranya kari ayam, asam pedas... okay dahlah tu malu! Okay memandangkan masuk je dapur tengok kiub tomyam, tomato, daun limau, sayur-sayur untuk tomyam pun habis terpaksalah pergi kedai depan dengan adik tercintaku , Sabrina a.k.a Miss tahi lalat hihi.  Pergi kedai depan naik kereta sebab takde lesen motor -..- Ready to drive? Ayah cakap aku drive nampak sgt gaya org baru dapat lesen -.- Memang baru puuunnnn Kitorang kumpul duit syiling sebab aku cuma ada tiga belas ringgit Malaysia je haduiiihh *Sabrina memakai baju Harimau Malaya* Haa, nilah kedai runcitnya *adik aku tak kenal bunga kobis dan sawi terpaksa angkat sayur dari dalam kedai nak tanya aku yg tengah tunggu dalam kereta* Finally selepas berkelentang kelentung didapur, taraaaaa Alhamdulillah siap Tomyam Te

Sahabat ke syurga

Assalamualaikum w.b.t "Sebaik-baik kejayaan" anak perempuan kepada "Yang punya kesanggupan" 12Julai1994 Seorang yang sangat mementingkan kekemasan Menetap di FRIM, Kepong Penolong Zuhal 2011 Anak kedua daripada empat orang adik-beradik Sangat suka sneakers Suka minum susu (sangat) Kawan yang sabar, baik, suka tegur orang lain, dan suka layan karenah kawankawan ;) Rajin Qiamullail Best Seller of sepit rambut dan Al-Quran tafsir dekat asrama hihi Student of Samer, SMKA Maahad Hamidiah Kajang, Kisas Paling dia sayang dan jaga sangat *kalau hilang memang tak tentu arah dia* : Al -Qur an ra inb ow   Beg sekolah color hijau  Jam tangan hitam   Kasut sekolah   Sneakers (ni agak je pasal dia suka sangat sneakers)   dan kami? *Perasannyaaaa Member satu dorm, satu blok, satu organisasi, satu kepala, satu hati  ♥ Dia. .

Ramadhan kareem

Image
Assalamualaikum w.b.t Harini 1 Ramadhan Lokasi di Malaysia Alhamdulillah Tahun depan taktau kat mana pulak Mungkin sempat, mungkin tak sempat Allahu 'alam. Best sangat dah masuk Ramadhan ni, nikmat masuk Ramadhan ni tak semua orang dapat. Ada yang ajalnya tiba sebelum sempat dia rasa nikmat Ramadhan dan kita yang sempat ni kena banyaaaaaaaak sangat bersyukur. Amalan dalam bulan Ramadhan akan Allah lipat gandakan asalkan dengan niat yang betul, untung kan? Baca quran sikit je baru, tapi pahala masya-Allah banyak. Rugilah bagi sesiapa yang takde kesedaran kelebihan bulan Ramadhan dan tak amalkannya. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah kita tergolong dalam golongan yang berkesempatan menjejak dalam bulan Ramadhan, harap-harap Allah beri kesempatan sampai habis Ramadhan ameeeeeen! Azam kali ni aku nak sucikan diri aku sehabis-habis mungkin, nak basuh semua dosa-dosa, even aku sedar dosa aku yang dulu tu memang kalau nak diikutkan teruk sangat! Act aku malu dengan Allah

Always with you

Assalamualaikum w.b.t Malam ni tergerak pulak nak post. Tadi baru je lepas on the phone dengan  Fatin Nadhirah (Fanad) . Fanad sekarang kat UiTM Kuantang dengan Berry, Syue dan Wawa. Fanad rindu kot hihi, takdelah Fanad risau pasal course dia, yelah Law is a tough course ye kawan-kawan *sebenarnya course lain pun susah jugak* tapi Law memerlukan pembacaan, pemahaman dan PENGHAFALAN. Tiba-tiba rasa macam syok pulak Law ni, mencabar. Aku cakap dengan Fanad, dia boleh buat punya insyaAllah, sebab aku kenal sgt dia. Form five dulu dia member sebelah katil so selalu usha-usha dia. Setiap kali celik je mata aku ni, mesti dia tengah menghadap buku, bila aku jenguk je sebelah katil mesti tengah buat exercise. Bikin gua cuak lu tau kui3. She's really really really a hardworking girl . So sebab tu aku yakin dengan dia. Dia ada semangat dan kesungguhan! Dan aku agak mungkin dia risau sebab banyak nak hafal. Doa banyak-banyak, kita kan ada Allah. Even kalau kita dah struggle kuat manapun