Appreciation Post.

Hari ini tanggal 27 April 2017. Antara hari-hari yang sangat bermakna dalam hidup seorang Fa****. Hari ini merupakan hari graduasi beliau. Diploma in Electronic Engineering, Mara Japan Industrial Institute. Sungguh pun aku tidaklah mengenali beliau secara dekat dan aku tahu aku bukanlah sesiapa untuk bercerita tentang dia, tapi aku dapat rasakan yang beliau seorang pelajar yang bersungguh-sungguh, komited, dan berjiwa besar.

Seorang yang sentiasa positif dan tak kenal erti putus asa selagi belum tiba di garisan penamat. Komited pada kerja-kerja dan assignment yang diberikan dan seorang yang suka membantu rakan-rakan lain.

Banyak masanya dikorbankan untuk membantu rakan-rakan dan negara. Diploma yang sepatutnya cuma tiga tahun tetapi di'extend' menjadi lima tahun juga antara pengorbanannya buat negara yang tiada tandingnya. Akhirnya tiba juga hari ini, hari dimana segala penat, lelah, jatuh bangun, stress, tak cukup tidur, demam, lapar beliau terbalas.

Hari dimana ibu dan abah beliau tersenyum bangga dengan kejayaan beliau. Hari dimana skrol penghargaan diterima. Hari dimana kaki melangkah puas menaiki tangga pentas dan diri merasa bangga dapat membahagiakan kedua ibu bapa melihat anaknya berjubah dan bertopi lengkap menggegam sebuah kejayaan. 

Tahniah Hiro!

Alhamdulilah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

(Dah tak payah stress kena belajar Jepun, tak payah jugak runsing dapat group presentation dengan kohai yang suka hati je tolak-tolak masuk group lain dan mungkin tak payah bersedih dan stress dah melayan karenah Encik Ma** hihi)

Kami mengenali sejak dari sekolah rendah lagi. Beliau seorang yang aku kagumi sejak aku di Tahun Dua dalam bidang medik ini lagi. Kagum dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada beliau sepanjang kami berkawan. Teringat masa lepas SPM, kami berborak di Facebook. Masa tu, aku digelakkan kerana cuba bagi nasihat islamik hehehe. Tapi beliau yang dulu bukanlah yang sekarang. Keazaman beliau untuk mencari Tuhan, ketakutan beliau pada dosa-dosa silam, dan kesungguhan beliau untuk mencari redha Tuhan pada masa itu menjadi suatu 'booster' untuk aku. Indah melihat sikap dia yang mencintai dan mencari Tuhan tu. Ah, korang takkan faham. Kena berkawan dengan beliau baru faham apa yang aku rasa.

Hidayah memang milik Tuhan.

Aku yang dibesarkan di sekolah agama pun tak sehebat itu hijrahnya. Such an inspiration.

Semoga kejayaan ini mendekatkan pada Tuhan. Semoga redha Allah mengiringi setiap langkah-langkahmu di masa hadapan.



Fatihah Shuhaily,
27th April 2017,
I am so proud of you.

Comments

Popular posts from this blog

Lunch di Megoplex

Dosa bertengkek.

Sedekah