UPU oh UPU
Assalamualaikum .
Harini nak post pasal UPU fasa 2 yang dah berkurun abad tak isi-isi lagi . Aihh, stress! Tak tahu nak pilih course apa . Pelik kan? Ada ke patut dah nak masuk bulan #3 boleh pulak baru nak fikir bidang apa nak ambik .
Sebenarnya dari kecik ingat nak jadi doctor . Ye, doktor yang cucuk-cucuk, potong-potong tu . Tapi, bila difikir, dibayang, diamati cucuk-cucuk , potong-potong tulah yang buat rasa seriau nak jadi DOKTOR !
Mungkin sebab terlampau membayangkan .
Oleh sebab tulah masa F5 dok fikir-fikir nak survey course lain and time tu jugak ada terbaca dekat website ni pasal course biotech . Apa mende course nii ? Haa, sila klik sini . Course ni best, sebab kita mengkaji tentang cell untuk menghasilkan produk yang lebih baik! Sangat menarik bila kita tahu dan kita boleh aplikasikan . Mula-mula rasa macam boringkan course ni takkan duduk lab je . Tak bosan ke? So, Ummi cadangkan ambik terus master nanti boleh jadi lecturer . Lecturer pun okay , sebab kalau jadi lecturer lebih sesuai utk family life sbb boleh adjust time class sendiri *oke, fikir jauh sgt ni tapi betullah kan kena ada future planning .
Tapi kalau ambik Medic ,
Kalau Umi Ayah sakit senang nak jaga . Takde susah-susah fahamkan doctor lain explain apa , sendiri boleh faham dan jaga . Kan best tu ? Jadi doctor boleh sumbangkan khidmat pada umat Islam . Yeah, Islam pun boleh! Boleh tolong jaga makcik-makcik, pakcik-pakcik , kakak, adik, dan abang seislam kita <3 . Yelah, mesti lagi selesa dengan doctor Islam yang memahami keperluan agama kan kan ? Contohnya, tak semua doctor faham batas aurat antara Doktor, staff hospital, nurse, cleaner dan yang seangkatan dengannya . Penting tu bab aurat boleh tentukan soal neraka tu ! Tapi… *dah berapa kali “tapi” ni?
Ramai orang cakap jadi doctor busy,
On call lah ,
Tiba-tiba ada emergency caselah,
Kena tidur hospital sampai pagi
Kalau dah ada family nanti, diorang tak terasa ke? *asyik kerja je
Ayah, Ummi , Afif pun siapa yang nak selalu tengok-tengokkan kalau busy memanjang je
Kalau boleh taknaklah sampai mengabaikan tanggungjawab kan ?
Taknak ada yang terasa.
Oleh kerana hati ni still tak sure Medic ke Biotech
Satu siasatan telah dijalankan , *haha ayat bajet je!
Dah banyak senior dah diinterview . Yang tengah ambik medic pun dah soal siasat, yang dah jadi doctor pun dah kena . Mostly jawab, biasalah tu mula-mula rasa seriau tu. Ada yang cakap tu cuma perasaan je , biasalah tu doctor kan ? Ada yang cakap dah biasa , tu yang lagi takut nak dengar tu .
Hmm, bila fikir balik semua jawapan diorang tu betul . Itulah hakikatnya kalau nak jadi seorang doctor.
Jawapan Ummi dengan Ayah paling best:
Ummi : Ummi tak kisah awak nak ambik ape . Kalau difikirkan balik memang nak hadapi life seorang doctor tu susah . Kalau nak jadi doctor,pasal geli-geli kena lawanlah perasaan tu . Apa pun keputusan awak, hadapi! You have to sacrifice . Kalau itu yang awak pilih dan minat , teruskan dan jangan patah-patah balik . Kita bukan orang senang .
Ayah *simple je, lelaki kan * : Yang penting course yang awak pilih tu boleh sumbangkan untuk Islam , cukup .
# Terharu. Know wat ? There is sumtin’ that I didn’t act realize about this stressful UPU matter . That is, it’s not only the question about what I wanna be one day , but also questioning me about What is my contribution to the ummah in the future ?
I'ts not only about me . Full stop .
Comments