Rindunyaaaaaaaaa
15 APRIL 2012 . Tarikh ni akan di setkan alarm dalam handphone pada mode anually .
TAKNAK LUPA!
Majlis agak tidak mengikut masa sikit . Hoho, first time conduct majlis kan ?
Then, dah daftar semua kasi button badge !
Kitorang plan buat button mcm simbolik kenangan gitu .
Antara aktiviti time reunion:
#Fotografi
#Taaruf*ni perempuan lah
#True or dare
#Game (Aqilah handle)
#Makan tengahari - catering
#Solat Zohor jemaah *lelaki kitorang tak sempat nak join sekali
#Slideshow by Adilah and Azah(AA)
Azah memang terbaiklah malam before reunion dia tidur pukul 5:30 pagi siapkan slideshow tu pasal slideshow tu ada problem sikit . Memang aku sayang sangat kat Azah punyalah dia nak buat yang terbaik untuk kawan kawan. Macam macam masalah kitorang haha . Ingatkan nak order button kat Yik Fong , sekali taukeh tu kata nak min 300 . Kitorang punyalah terkejut! Dahlah kami penat uncle pusing satu pekan Ipoh . Pusing YikFong tak jumpa jumpa kedai button haha . Uncle buat kami frust , hihi . Takpelah kami faham meniaga takkan nak jual sikit sikit kan ? Kami singgah Super Kinta, pasar lama yang dah tutup tu . Jalan punya jalan, dia takde button tapi cawan adalah tapi cawan tu tulis tangan or tampal gambar . Hihi agak kurang berminat .
Penat sangat ohh time tu . Dahla Azah dari Rapat Setia ambik aku kat Kg Rapat Jaya Tambahan yang banyak kubur Cina then ambik Adilah kat Kg Tersusun Tasek . Haha jauhhhh then pergi pulak pekan Ipoh . Last last kedai button yang ada kat Medan Gopeng . Alhamdulillah, ada jugak button walaupun kecik . Yang besar diorang takde tempat print . Design dah kasi kat orang tu, dan kitorang mintak dia designkan satu lagi sbb mana tau lagi lawakan ? Ingatkan dia nak tunjuk guna emel sekali dtg rumah! Nasib baik malam tu Adilah tidur rumah aku. Ya Allah dua laki besar dtg rumah . Aku dah macam menggeletar je, dahlah nak dekat pukul 10 malam . Aku dgn Adilah dalam pagar diorang kat luar haha. Aku takut so taknak bukak pagar . Diorang okay je cuma yelah dah malam kan tak sopan pulak .
Then settle button, catering pun dah okay harga dapat murah dari Rokiah lastly goodies dari Hadirah :) . Thanks Hadirah dgn mak dia kasi harga murah kaw kaw punya . Tulah gunanya kawan kan ? Tapi kesian Hadirah dah tolong mcm2 sekali takde rezeki pergi reunion sebab kena interview Asasi Tesl Uitm kat Shah Alam . Takpe, insyaAllah next time kita jumpa lagi okay . Reunion mula mula okay tapi lari timing sikit . Slide show erajuk pulak . Laptop tu panas sgt sebab Azahkan guna sampai 5:30 pagi hihi . So proceed dgn game (lelaki perempuan asing , so taktau laki buat apa).
Then LUNCH . Aku mula mula mcm tension jugak kalau duit tak cukup . Tapi alhamdulillah duit yg dpt boleh cover perbelanjaan reunion . Adalah sikit sikit kot yang tak cukup. Mula mula mcm tension jugak dgr ada yang taknak bayar dan taknak makan . Macam sedih pun ada, yelah aku dgn yang lain berusaha buat reunion untuk diorang, janganlah sampai taknak bayar . Mana nak cari duit tanggung bayaran semua kan. Supportlah kawan . Dah tutup cerita sedih sedih ni . Takde apa pun :)
Bawah ni gambar gambar time reunion kami . Best!
ex6 Zulqarnain
ex6ilyasa'
.jpg)










Comments