Ramadhan kareem

Assalamualaikum w.b.t

Harini 1 Ramadhan
Lokasi di Malaysia
Alhamdulillah
Tahun depan taktau kat mana pulak
Mungkin sempat, mungkin tak sempat
Allahu 'alam.

Best sangat dah masuk Ramadhan ni, nikmat masuk Ramadhan ni tak semua orang dapat. Ada yang ajalnya tiba sebelum sempat dia rasa nikmat Ramadhan dan kita yang sempat ni kena banyaaaaaaaak sangat bersyukur. Amalan dalam bulan Ramadhan akan Allah lipat gandakan asalkan dengan niat yang betul, untung kan? Baca quran sikit je baru, tapi pahala masya-Allah banyak. Rugilah bagi sesiapa yang takde kesedaran kelebihan bulan Ramadhan dan tak amalkannya.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah kita tergolong dalam golongan yang berkesempatan menjejak dalam bulan Ramadhan, harap-harap Allah beri kesempatan sampai habis Ramadhan ameeeeeen! Azam kali ni aku nak sucikan diri aku sehabis-habis mungkin, nak basuh semua dosa-dosa, even aku sedar dosa aku yang dulu tu memang kalau nak diikutkan teruk sangat! Act aku malu dengan Allah, aku takut Allah tak terima. Dosa aku tu memang besar dan dan dan aku maluuuuuuuuuuu. Memang Allah tu Maha Pengampun, tapi aihhhh entahlah rasa mcm tak layak je aku ni nak diampunkan. Aku malu sangat sebab dosa tu dahlah besar, lepas tu bila aku dah bertaubat aku still ulang silap tu lagi! Sedih rasanya, macam aku ni tak ikhlas.

Sebab tu Ramadhan ni aku nak bertaubat betul-betul. Aku taknak buat lagi kesalahan dulu tu, let past be past. Memang malu tu malu, perasaan tak layak still ada tapi aku tak sanggup bayang siksa yang aku kena dalam kubur nanti dan aku tak larat nak bayang siksa kat neraka nanti. Dan semua orang tahu satu tahun kat neraka tu macam 1000 tahun di dunia. ALLAH TAK LARAT RASANYA. Sesaat pegang api pun dah macam apa dah tak tertanggung inikan sehari, setahun dan seribu tahun? Taknak dahlah dalam neraka tu siap kena gantung, potong, sampai terburai isi perut dan menggelegak otak tu dah memang aku ngeri! Dan api dunia baru satu pertujuh api neraka, haaaaa ambik larat ke? Kalau satu perdua tu boleh terima, ni satu pertujuh. Nak bayangkan jelas lagi ni haa dengan bantuan Paint :



*sorry saya tak pandai seni*


Yang macam hitam kena spray tu adalah yang tahap api dunia yang boleh buat kulit orang melecur, berparut dan dah meragut banyaaaaaak sgt nyawa kat dunia ni. Yang kat neraka bukan setakat melecur aku rasa nauzubillah tak mampu aku nak bayang sebab bukan dua kali ganda , ni dah kes berganda-ganda . Takutlah kemurkaan Allah usah peduli pandangan manusia nak kata kita alim ke apa. Yang penting redhaNya, pandanganNya. Tapi janganlah sampai kita syok sendiri je kan? Jom ajak reramai, baru syok ada geng. Dan kalau reramai takde tersalah buat sebab kita semua saling tegur-menegur. Lastly fenomena "fahaman sendiri". Ada setengah orang marah bila ibadahnya ditegur, mungkin ibadahnya dirasakan betul. Tapi walaupun betul apakata kita bincang balik secara baik. Kan lagi bagus dan lagi yakin nak tunaikan ibadah. Jangan sebab kita semangat nak buat ibadah sampai kita buat ikut fahaman kita je, sebab takut tersilap kan, tak salah kita dengar pandangan orang lain, kaji balik then kalau salah tinggalkan dan kalau betul " Oh my Ibadah! Alhamdulillah" *Haha dah mcm iklan Oh my English!




Jom tingkatkan kuantiti dan kualiti ibadah
---------------------------------------------------
Dan
Jadikan Ramadhan lebih indah


.

Comments

Popular posts from this blog

Appreciation Post.

Bolot