How time flies

Assalamualaikum w.b.t

Amboi tajuk kemain omputeh. Kepada sesiapa yang kurang memahami tajuk post di atas , jangan segan silu sila ke Google Translate perkhidmatan adalah percuma harap maklum.

Petang tadi baru je selesai hantar Alya, adik perempuan paling bongsu, paling manja, paling tembam? Kah3 mesti dia hot baca post ni. Jgn risau Alya blog ni kawan-kawan rapat k.yong je yang tahu. Rasa mcm baru je semalam Alya dgn Sabrina,adik yang second start cuti dua minggu . Eh lupa Afif sekali :) Tup tup dah kena hantar Alya balik hostel .

Malam semalam dia takleh tidur, sambil mengunyah roti butterscotch dia termenung kih3 . Faham dik oi k.yong pun dulu kalau tiba time Sabtu malam mesti tak tenang je hati ni. Tapi at least awak tak kena balik awal pukul 9 atau 10 pagi nak kejar train atau bus. Awak naik kenderaan berpacuan empat roda yang bergerak apabila awak dah siap kat dalam dan boleh membawa sebanyak manapun barang-barang yang awak nak tuuuuuu. UNTUNG TAUUU alhamdulillah.


Bagaimana pantasnya masa berlalu *amboi ayat sastera kemain* tup tup sekarang aku bukan lagi pelajar sekolah yang pakai baju kurung putih kain biru muda dgn dua lencana dan satu tag nama. Hebat kan?Maahad je yang pakai sampai dua lencana -.-

Rindu time jadi pelajar sekolah menengah. Dulu kalau tanya sedara-mara waktu bila paling best selama hidup ni? Diorang for sure akan kata time sekolah menengah/remaja . Dan time tu al-maklumlah manusia jarang sekali nak bersyukur bila nikamat kurniaan Allah ada kat depan mata, aku punyalah pelik apalah yang seronoknya, biasa je sebab time tu membayang kan kestressan SPM yang waaaahhhhhhhhhhh . Bayangkan thermochemistry berguling dlm kepala dengan segala macam graph addmath dan campur dengan hafalan biology yang sangat awesome . Time tu memang rasa sarat, tapi tu mula-mula masa tak kenal lagi betul-betul topik tu semua . Sekali bila dah faham, BEST! Serius best, tak susah mcm yg kita expect pun . Kena usaha lebih sikit, cari buku rujukan baca sikit then fahamkan, tanya cikgu-cikgu Maahad yang super genius dan backup dengan latihan-latihan lelama alhamdulillah faham . HOOREAAAYYY . Oh lupa, di gempakkan lagi dengan perbincangan dengan kawankawan :)

Dan jujurnya sejujur jujur jujur jujur jujurnyaaaaa pada aku, my teenage life takkan lengkap tanpa hostel life . Tapi pendapat ni sangat subjektif . Hostel life ajar aku apa itu kawan, apa itu memahami, apa itu tolak-ansur, apa itu kongsi, apa itu punctual, apa itu menghormati dan dihormati . Aku tak rasa aku dapat faham segala macam "apa itu" yang tadi aku senaraikan tu kalau aku tak duduk hostel . Sebab dekat hostellah kita kena pandai adapt dengan orang , eh silap , pandai adapt dengan life orang lain. Tak semua kena ikut hati kita , sometimes apa salahnya kita kurang sikit asal dia happy and sometimes apa salahnya kita yang mengalah so that won't happen any arguement kan kan? Dan hostel life buat aku faham hidup ni macam-macam orang. Dari pengalaman aku sendiri, aku kenal macam-macam orang yang aku tak sangka melalui hostel lifelah. Means kita tengok luaran dia macam annoying je kan? Kalau sembang macam tu je, tapi kat hostel dia memang baik sebenarnya. Suka share barang dengan orang, kalau orang susah dia suka tolong dan macam2 lagi. Mungkin tu memang cara dia dan dia tak bermmaksud langsung nak buat gaya annoying *yelah siapalah yang nak orang fikir dia ni annoying kan .

Satu pengajaran : Don't judge someone until you really know her/him much better!

Dan hostel life ajar aku to APPRECIATE setiap orang yang aku kenal. Sebab kehidupan kitorang yang sekali buat aku rasa each of kitaorang semua are special. Dia ni ada kelebihan ni, dia tu pun ada kelebihan lain. Even dia ni macam ni tapi dia macam ni . Everyone ada kelebihan dan kekurangan masing-masing . Dan at the sama time mereka juga menerima kelebihan dan kekurangan aku, satu perasaan yang tak boleh nak describe bila kita diterima seadanya. Even dia junior, satu batch atau senior.


Now, semua tu semua tinggal kenangan. Ada yang kesini , ada yang kesana. Dan tak lupa aku rindu adik-adik dorm aku . Sangat.


Bila diaorang dah takde sekarang aku rasa lain.
Macam puzzle yang tak lengkap.
Tapi dalam kes ni kepingan puzzle tu aku tau kat mana,
Dia dah ada dekat bekas puzzle lain.
Aku pun ada dekat bekas lain.


But somehow aku yakin
Even kepingan puzzle tu jauh mana sekali pun.
Aku yakin kepingan puzzle tu jugak akan rindukan aku.
Walaupun tak banyak,
Sikit pun jadi.
Pasti dia rindu.
Sebab kami pernah jadi satu puzzle
Yang cukup cantik macam dia jugak





#Aku harap sangat Allah bagi kami kesempatan jumpa balik even semua dah berpecah ke merata-rata ceruk dunia ni . Amin

Comments

Popular posts from this blog

Always with you

Appreciation Post.