La Tahzan , He knows the Best

Assalamualaikum w.b.t

Minggu ni macam macam jadi dan macam macam perasaan buat mereka yang menduduki SPM 2011 . Ada debar-debar, seronok, tak sangka, sedih, frust, excited, nak nangis satu malam, termenung, takterkata dan TAKDE PERASAAN?

Minggu nilah keluar result UPU dan Mara :) Alhamdulillah dapat tawaran :

 Universiti Teknologi Mara 
PI080 - Asasi Sains
UiTM Kampus Puncak Alam

*Matriks Kulim, Kedah 

Fanad, Syue, Shazana, Tiqasu, Bery, Nahu, Mai, Shazira, Izzatie, dan Wawa pun sama . Tapi Uitm banyak kan, so tak taulah dapat sama ke tak. Tadi check, dapat Puncak Alam. WAHH nama punyalah berstyle , berpuncak puncak hihi. Yaya, Awin, Dean, Tito, Raihan Nab, Nazihah, Anisah, Nek, Nureen, Peqa dan ramai lagi dapat UIA . Dah macam boleh buat reunion Maahad pulak kat UIA tuu . Ain, Aliah dgn Qiqi dapat UM .

Okay tu yang dapat, yang tak dapat mana-mana macam I** , Fas***, Y**, Ha*** dan lain lain tu kesiaannn sgt . Padahal SPM diorang hebat apa. Tapi kagum dengan I** sebab walaupun tak dapat mana mana dia tetap yakin dengan Allah .Dia azam nak tebus balik kat Matriks. Memang dia sedih tapi dia percaya ada hikmahnya.Ya, memang sepatutnya macam tu kan. Allah dah atur semuanya, percayalah kat Dia sebab Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

#Jangan sedih -sedih , hidup kena teruskan. Berjuang walau kat mana pun kita ! Kita support korang!

NEXT Mara. Seronok dengar ada kawan-kawan dapat Mara. Dalam hati bangga woo *kawan akuuu tuuu*. Yang tak dapat takpe, mungkin rezeki kat tempat lain . Bukan korang tak pandai, cuma syarat course tu ketat sikit sebab saingan sengit kan? Kalau tak, gerenti korang dapat punya . Asasi/Dip kan ada, best pulak tuu, Matriks pun okay apa, Form 6 pun dengar macam senang dapat chance masuk Uni nanti . Asasi/Dip dgn Matriks boleh dapat elaun, untunglahhhh . Study betul betul kasi 4 flat hihi . Teringat awal-awal dulu time semua orang apply mara. Semua macam cuak je dengan essay sendiri. Kongsi essaylah, forward forward kat email lah dan yang tukar-tukar suruh kawan check pun ada haha .


Aku tak apply pun sebab dah tahu TAKKAN dapat . Ada masalah sikit sebab tu tak boleh mohon. Sedih. Teringin. Teringin nak apply mcm org lain. Nak rasa macam mana semangatnya buat essay apply Mara . Bila orang dok cakap pasal essay Mara, dalam hati aku rasa ........  "Kalaulah aku boleh apply jugak". Dari sekolah rendah lagi aku dah simpan cita cita nak belajar luar negara dengan bantuan kerajaan sebab taknak susahkan UmmiAyah . Kita merancang Allah menentukan kan ? Takpelah, takde rezeki * Dah dah takyah nak sedih sangat, orang lain lagilah tak dapat mana mana.



***



#All the best untuk mereka yang bakal ditemuduga .
 Niat lillahi ta'ala and be confident with yourself! Korang boleh punya!

#Utk kawankawan lain ingatlah, tak semua pahit tu berakhir dengan pahit juga . Kita yang menentukan pengakhirannya, jangan cepat mengalah , yakin dengan Allah, usaha, doa, usaha, doa ... tawakkal :)

#Life kat luar ni lain sangat. Kena kuat sebab jalan ke arah lebih baik memang banyak cabaran, memang banyak dugaan,  yang penting kena betul betul kuat dalam ni --------------->HATI



S E K I A N
*Insyallah bulan September ke Al-Azhar : Medic






..

Comments

nfms said…
Terima kasih :) ni siapa ye ?

Popular posts from this blog

Dah nak habis :')

Always with you

Appreciation Post.