KLCC

Assalamualaikum w.b.t


Last week dengan harapan dan semangat yang tinggi *cewah* pergi KL sorang . Asalnya plan nak pergi rumah Hanim sebab Kak Long tunang . Alhamdulillah dah bertunang akak . Punyalah semangat Mak Hanim call ajak datang rumah kat Batu Tiga nun.

Naik ETS dari Ipoh, then sampai KL Central. Dua hari kat rumah hanim, then isnin pergi KLCC dengan Fasyaz dan Bery. Naik komuter and LRT. Sampai je KLCC jumpa Nadrah dgn Fanad . WAAHH rindunya ya Allah . Rindu sesangat, rasa nak peluk je diorang time tu. Lps tu tunggu Peah jap sbb Peah baru gerak. Kitorang bincang punya bincang last last decide makan kat food court.

Beli macam-macam; mixed fresh fruits, spaghetti, pizza, laici kang dgn air masam apa entah tak ingat *fasyaz beli* . Sekali rupanya banyak sangat Nadrah bawak nugget, satu tupperware BESAR . Wah memang penuh perut. Datang pulak Peah bawak tupperware BESAR jugak, rupanya sebijik macam Nada punya. Peah bawak roti *ada inti sardin dgn telur rasanya* . Bukan tu je, Peah bawak kek yang dia beli masa holiday kat Sarawak. Memang kenyang . Lepas tu Tasnim dengan Raihan sampai. Hihi Tasnim terkejut aku datang ;)

Sembang-sembang, ambik gambar sikit, tapi tak lama sbb train balik pukul 2pm . Salam dgn semua, ambik gambar lagi sekali, kira ni ambik gambar sesi hantar kawan balik naik train ke Ipoh hihi. Fanad dgn Nadrah teman sampai beli tiket. Tak biasa naik LRT, komuter je dah expert kih3x. Serius cakap, SEBAK time salam Nada dgn Fanad time nak turun stesen tu. Rasa nak peluk je, sebab lepas ni entah bila ada peluang jumpa lagi . Tsk tsk tsk, tapi cover je buat chill je, malulah nangis sebab tengok Fanad dgn Nada mcm tak sedih je hihi.

Tergelak bila teringat balik, masa tunggu train kat KL Central berangan yang diorang singgah KL Central buat surprise sebelum train sampai . Hihi hanya angan-angan . Diorang picnic kat taman lepas tu, syoknyaa . Takpelah next time ada rezeki kita hang out lagi :')


#  Moga kita semua dapat realisasikan impian yang kita nak sangat selama ini . Jaga diri elok elok kat manapun nanti. Eh, jaga diri dan JAGA IMAN. Walaupun kita mungkin tak jumpa dah, kita saling mendoa tau. Kekalkan identiti kita sebagai muslim dan jangan senang terpengaruh .







Perubahan ke arah kebaikan kita cuba perlahan-lahan,
Yang buruk mohon jangan dekat


Comments

Popular posts from this blog

Appreciation Post.

Bolot