SRAH SRAH 06

Assalamualaikum w.b.t
AMARAN : ENTRY INI PANJANG






 EDISI KHAS| SRAH 06| 




Semalam Alhamdulillah dapat pergi konsert Amal untuk my sekolah rendah , Sekolah Rendah Al-Hidayah, IPOH . Aim untuk kutip derma nak jadikan pusat tahfiz, dulu takde tahfiz . Bermula dari jam 9 malam habis lebih kurang dekat dekat pukul 12 . Best! Tak sangka ramai sangat kawan kawan lama yang ada kat sana . SANGAT RAMAI . Dah rasa macam reunion batch tapi versi kecil kecilan hehe . Pergi sorang sebab Ummi exam then ayah kena tcare of Afif .

Ayah hantar pukul 830 , sebeb cadang nak isya' kat situ boleh solat ramai ramai :) So, sampai tu terus call Adilah sebab takut takde kawan*ingatkan tak ramai member yg join . Excited teramat time tu , tetiba ada seorang kwn exsrah*lelaki tanya mana tiket ? Aaaa sudah, dahla tiket kat Yaya and Yaya pulak kat dalam . Aku pun jawablah kat Yaya . Then dia suruh dtg balik tunjuk tiket, aku angguk dn sampai habis konsert tk dtg balik . Hehe . Yelah takkanlah nk patah balik sebab entrance kat dpn sana , malas . Okay stop pasal kena tahan .

Then jalan punya jalan *mata melilau lilau cari Adilah . Jumpa Mh Paridah and Amal kat pintu dewan . Subhanzllah , excited excited! Bayangkan rasanya dah dua tahun tak dapat duduk borak borak sekali pap! depan mata je mana tak excited kan ? Btw, Mh (Muallimah)-------> gelaran untuk guru guru Al-Hidayah :) . Teacher tak ingat aku time tu , oke mula mula nak nangis tisu pulak takde hoho, then dalam 20 saat mcm tu teacher sebut " Fatihah kan?" OHMAI .. teacher ingat! Alhamdulillah kalau tak saya nangis teacher , hihi takdelah main je . Weh terus terang cakap rindu rindu rindu Amal! Time dia tengok aku mata dia dah mcm bergenang, taktaulah aku yang perasan ke pulak kuikuikui . Terpaksa tinggalkan Amal di pintu dewan sebab dia incharge malam tu , so aku masuk dalam nk cari Adilah lah ni yang tak jumpa jumpa lagi .

Antara seat muslimin dan muslimat ada ruang untuk kanak kanak , bagus act idea ruang kanak kanak tu takde diorang lompat lompat sebab tak nampakkan? Ruang kanak kanak semua kecik kecik, comel comel , boleh nampak jelas :) Lalu situ , ya Allah jumpa cikgu Ayu with her daughter yang subhanallah comel loteh. Cikgu Ayu tu cikgu tuisyen time darjah 5-6 dulu . Kalau dah rezeki tu jumpa jugak kan .

Then nampak Adilah melambai lambai , haha dia dah syok duduk rupanya . Tak jadi ke sana sebab nampak Mh Ruzila . Rindunya!! Lama rasanya tak jumpaaaaaaa . Mh pun terkejut tengok aku yang dah membesar ni agaknya . Dulu kecik comot je hoho . Tiba tiba Hadziana datang salam Mh jugak, dia nak tarik aku sebenarnya kat Adilah , aihh ingatkan kenapa tadi . OKAYY YANG NI MEMANG TERKEJUT ! Empat deret kerusi tu batch aku dah kumpul dan pot pet pot pet dah . Bukan senang nak kumpul reramai cenggini.  Rindu letuuuuww . I was like biar betol diorang semua ada nii ? Time tu baru sedar memang aku dah lama sangat tak jumpa diorang RINDU TAUU!
Isna jeles kot sampai tak kasi orang duduk hehe , tak apa Isnaa nantiiiiii

Okay masalah tiket tak selesai lagi nih . Tiket kan dekat Yaya , Yaya dah call cari kat mana . Dah kat dalamlah Yaya hehe . Jumpa Yaya kat pintu dewan dekat tempat Amal tadi , ambik tiket and jumpa Zawin , Athirah, Syuhada, Qilah and kwn Igop qilah yang pepandai tuh , hihi .  Masuk balik and duduk , sembang sembang dan sembang . Lupa pulak , kawan kawan yang sekali kat dewan Shira Naili, Raihan, Rokiah,  Murni, Hanim, Isna, Syiro*y ke h?* , Hadziana , Hadirah, Mardhiyah and kawan kawan STAM :)

Rasa bersalah time pengerusi majlis cakap kitorg dok sembang pasal life Shiro kat KISAS . Dahla dia cerita semangat , kitorang dengar lagilah semangat hehe . Act dia tak sangka dpt KISAS . Tulah bila dengar cerita dia memang aku yakin setiap yang Allah tentukan pasti ada hikmahnya . Hidayah Allah tu ada kat mana mana kan ?

Dengar nasyid Shoutul Harakah , best best ! Terbakar semangat ! Lirik lagu dia yang buat aku fikir macam macam . Penuh makna lagu tuu . And nasyid selang seli dengan Tazkirah oleh Ustaz Zaharuddin yg femes kat tv9 . Tu yg tak bosan, yelah takkan nasyid je penat pulak kang nyanyi 2 jam berturut turut . Aku dgn Isna yang tak tahan dahaga ni keluar jap beli air *hihi malu pulak keluar time tazkirah . Jumpa Aina Syuhada dgn Syira tgh beli air . Aina orderkan utk kitorg, bila aku tanya berapa ni , Syira kata takpe . Dia belanja ! Baik kan? Thanks Shira, banyak pahala insyaAllah . Dahla kitorang beli air sampai tiga . Time tu nampak jugak exSrah lelaki yang datang . Bagus bagus ada yang datang memberi sokongan untuk sekolah kita dulu . Yelah it should be us kan to be the first person support benda benda macam ni*agak terkilan sebab tak tolong program ni dari awal , ingatkan org dewasa je handle . Takpe insyaAllah lain kali . Masuk dewan bwk air diorang dh mintak minum air, hehe ingatkan kitorang dua je yang dah dahaga sangat . Semua kedahagaan kuikui .

Then habis je , balik tangkap gambar sikit . Nyesal tak bawak camera kalau tak boleh tangkap .

Ye post kali ni memang panjang tapi sangat bermakna untuk aku . Rindu semua orang , rindu time kita kecik kecik dulu, rindu pergi ambik wudu solat kat surau, rindu perkhemahan, rindu pergi kantin, rindu time sukan rindu lepak dgn korang, senang cakap rindu semualah . InsyaAllah sahabat selamanya sampai syurga tau .


******

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.”    (Riwayat Abu Daud)



Okay nak habaq ni, satu dua tiga
 SAYANGG KORANGGGG !

Comments

Popular posts from this blog

Appreciation Post.

Bolot