Adakah aku mampu ?




Alhamdulillah dah lepas satu cabaran . SPM ! Memang mencabar . Semoga Allah kurniakan buat aku dan rakan-rakan kejayaan 11A++++ (terlebih pulak plusnya) yang penuh dengan keberkatan . Kalau takde keberkatan tak syiok jugak kan ? Takde feel . Hehe



Dalam duk syok-syok ni , satu perkara yang sangat aku takut , dan memang asyik terfikir-fikir






How tough I am to face the "real" challenge outside ?






Fuhhh . 
Sumpah  aku sangat takut nak bayangkan dunia luar yang memang dah macam -macam . Kalau batas lelaki perempuan , halal dan haram pun dah tak tau nak beza..  NAUZUBILLAH . Mintak-mintaklah jangan sampai macam tu sekali .

Takut sangat untuk hadapi dunia yang penuh dengan maksiat . SANGAT TAKUT .
Bukan apa . Takut mula-mula je kita dikalangan menentang maksiat, lama-lama kita sendiri yang rasa suka dan mula nak follow benda-benda macam tu .

Tak semua orang sedar apa itu ikhtilat, tak semua orang faham apa itu syariat Islam yang sharusnya  . Dan tak semua orang betul-betul prihatin dengan aurat masing-masing. Tapi yang pasti, hakikatnya ramai yang BUAT BUAT TAK SEDAR dengan masalah umat Muhammad s.aw sekarang .

Kes buang bayi berleluasa ada ke yang kecoh-kecoh bagai nak rak kat luar sana macam kes pelajar Malaysia buat hal kat luar negara ( saya harap semua sedia maklum , tak perlu disebutkan namanya ) . Siap jadi isu lagi kat FB, Twitter dan yang seangkatan itulah . Berderet je komen . Buang bayi dah jadi lalikan kita dengar ? Takde pulak nak diperdebatkan masalah masyarakat Islam sendiri yang terdedah dan bebas sana sini . Katanya marah orang buang bayi, tapi kalau kawan couple tak kisah . Sokong pulak tu . Padahal dah berapa lama dah kes ni ?

*Bawah katil la
*Dalam tong sampahlah
*Dalam longkanglah
*Tepi masjid lagitu








Paling tak tahan isu "couple" . Macam dah orang tak kisah pulak . Patutnya benda nilah kisah . Memang tak berzina fizikal . Tapi hati berzina ! Salah semua tu . Allah marah . Tak baik kalau hidup ni bergelumang dengan kemarahan Allah . Takut hilang keberkatan .
Biasanya kat sinilah start zina, buang bayi segala benda tu .




Okla, tak declare couple, BFF laa . 

Ye , kawan memang tak salah . tapi ada BATAS nya.
takdelah sampai nak text 24 jam, calling semuasemua tu .
Kawan ke tu ?
Macam dah lain je kan . Tanya diri sendiri dah cukup .
Sendiri pun dah tahukan ? Cuma ramai yang  "  buat-buat  "   tak tahu . 






Kan kan ? 
Macam ni cara kita hargai Rasulullah selama ni ? Sedangkan time baginda nak wafat kita yang baginda tak pernah jumpa ni baginda ingat ? Kita ni yang leka sangat sampai tak tau nak mensyukuri nikmat iman dan Islam yang kita ada . Mungkin sebab kita tak pernah susah . Tak pernah perangkan ? Kalaulah umat Islam ni tahu betapa hebatnya mujahadah dan pengorbanan umat terdahulu demi Islam terutamanya Muhammad s.a.w takda maknanya nak bercintan-cintun ni. Duniawi je memanjang . Kalau bukan sebab baginda jangan mimpi kita hidup senang macam ni .






Bayangkan kalau korang dah berpuluh tahun hidup disiksa dengan penuh cabaran , anak , isteri , suami kena bunuh .( pernah rasa direjam macam Sumayyah? ), dikejar orang-orang kafir (jalan kaki je kat padang pasir yg panas terik tu) , perang tak henti-henti dan akhirnya berjaya peroleh kemenangan . Dan golongan selepas korang yang SEAGAMA ni sampai hati dan senang-senang je goyang kaki dan runtuhkan apa yang korang perjuangkan . 


Kecewa tak ? 
Sedih tak ? 
Confirm punye !






Tolonglah sedar . Kalaulah Rasulullah datang ke zaman ini .
Aku malu dan tak sanggup tunjukkan semua ini . Mujahidin , tolonglah bangkit dan sedar . Belalah Islam ini !
Satu je aku pegang,





Aku tak sanggup kecewakan Rasulullah .
()




****
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, "Barangsiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang mendurhakaiku, maka dia telah mendurhakai Allah. Begitu pula, barangsiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku, dan barangsiapa mendurhakai petugasku, maka dia telah mendurhakaiku.' (Riwayat Bukhari)

****


Dari Abu Hurairah ra. lagi, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda: 'Semua ummatku akan memasuki syurga kecuali yang enggan memasukinya. Siapa yang mentaatiku akan memasuki syurga, dan siapa yang mendurhakaiku, maka dialah orang yang enggan memasuki syurga.'(Riwayat Bukhari)





Comments

Nur Shafiqah said…
i'm agree with nur fatihahact,kt luar mmg ade mcm2...so cmne2 pon kiter mmg kene kuat.mujahadah itu bkn senang hnye mereka yg eager knnye shje yg mmpu brtahan...haa one more thing jalan dakwah itu bukannye dihamparkan dgn karpet merah tp onak berduri..ingat ek..
syg kamu.=P <3
nfms said…
betul, betul :)

Popular posts from this blog

Dah nak habis :')

Always with you

Appreciation Post.