Malu aku pada kamu
Rasa malu sangat bila terkenangkan dosa-dosa besar yang aku lakukan . Malunya kerana dosa yang aku lakukan sering aku ulangi . Ya, aku akui ada kekesalan dalam melakukan dosa itu . Aku memohon ampun pada Illahi, tapi kenapa aku terus ulang dan ulang dosa tu ? Seolah-olah aku tak bersungguh-sungguh mengharapkan keampunannya . Na'uzubillah . Mohon padamu Ya Allah . Bantu aku menentang dosa ini berulang kembali . Aku taknak diazab baru nak sedar .
Dosa apa ? takpelah . Cukuplah aku saja yang tau . Aku harap mereka di luar sana hitung-hitunglah setakat mana amalan yang kita dah kumpul . Ya, memang tak dinafikan ramai yang akan menjawab aku solat, tutup aurat, puasa dan bermacam-macam lagi . Tapi adakah cukup menampung dosa-dosa kita yang besar nak banding pahala amalan kita yang mungkin tak banyak mana pun kerana riak atau mengungkit-ngungkit .
oklah , kalau nak diberi nisbah . Contohnya pahala solat jemaah 27000 . Alhamdulillah dapat ditambah di penimbang sebelah kanan . Tapi bayangkan dosa-dosa yang kita tambah selepas solat tu .
mengata kawan.
zina mata.
zina hati.
mengumpat guru( tak berkat ilmu) etc.
Silap-silap seimbang penimbang tu . Manakan taknya amalan sunat banyak mana je pun .
mengata kawan.
zina mata.
zina hati.
mengumpat guru( tak berkat ilmu) etc.
Silap-silap seimbang penimbang tu . Manakan taknya amalan sunat banyak mana je pun .
Janganlah kita berkira sangat masa yang kita ada untuk beribadah kepada Allah . Apalah sangat kita luangkan 5-10 minit atau lebih dari itu untuk beribadah demi kesenangan di akhirat yang selama-lamanya .
Pikirpikir , renungrenung , muhasabah .
Bagaimanalah agaknya penimbang aku ?
Adakah aku terlalu berkira untuk luangkan masa demiNya ?
Comments